Rasulullah SAW bersabda,
'Bila seorang anak Adam wafat,maka amalnya terputus kecuali tiga perkara:
1. Shadaqah jariah,
2. Ilmu yang bermanfaat dan
3. Anak shalih yang mendoakannya.
( HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad )
Antara shadaqah yang boleh kita lakukan....
1. Berikan al-Quran pada seseorang dan setiap kali dibaca anda turut mendapat hasanah.
2. Sumbangkan kerusi roda atau peralatan lain ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapat hasanah
3. Meyumbangkan bahan bacaan yang berfaedah kepada seseorang.
4. Membantu pendidikan seorang anak.
5. Mengajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu anda mendapat hasanah.
6. Melibatkan diri dalam pembangunan sesebuah Masjid sama ada menyumbang tenaga atau wang.
7. Meletakkan pendingin air di tempat umum.
8. Menanam sebatang pokok. Setiap haiwan atau orang yang dapat berlindung di bawahnya kita turut mendapat hasanah.
Itu antara sebahagian sahaja, sebenarnya masih banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan sebagai shadaqah.....
Semoga apa sahaja yang kita lakukan mendapat keredhaan-Nya
3 ulasan:
BAGUS ENTRY NI.THUMBS UP ! :D
Entry Liniey ni, scara x langsung beri ksedaran pd diri sy agar x mlupakan hal2 kmudian hari. TQ Liniey.
thanks izyan n mommyAgharr...
mana yang elok kita kongsi bersama..:)
Catat Ulasan