Sudi-sudikan la ^_^

Isnin, 18 Julai 2011

Tolong !!! Saya Nak Benda Ni...

Saya dah siap potong kain utk si adik, separuh dah jahit tepi dan separuh belum lagi......huhuhuuuu..
kan best kalau ada benda ini (alasan je semata-mata!), mesti cepat je keje menjahit.....^_^

thanks pakcik google sbb tlg carikn gambar...mudah.my jugak

Aduiiiiii mana nak cari duit ni....huhuhuuuuu.
Tunggu raya la..join budak2 g kutip duit raya leh tak?

Sabtu, 9 Julai 2011

GrIL RuMaH

Hari ni jiran sebelah rumah baru jemput kami sekeluarga dtg kenduri kesyukuran...dah 2 kali dia jemput, sib baik dia jemput kali ke 2 sbb kami hampir2 lupa...
Jadinya rancangan menjahit tergendala...mungkin petang nanti cuba buat.

n3 kali ni berkenaan rumah baru gak...gril.
sebenarnya dah lama siap cuma baru teringat nak masuk kan kat sini.

Jom tengok...


Pintu depan


Tingkap


Sliding door


Tingkap

Close up munga

Jenis wrought iron tapi tak masuk oven......masuk oven? gril ni bila dicat elok masuk oven supaya catnya tahan lama ( tul kan? ) dan kos nya takde la byk beza. Lebih baik masuk oven, kami ari tu ada silap fhm sikit tu yg pilih tak masuk oven....

Jgn pening2 utk pilih pattern, kedai wat gril tu ada katalog. Ada mcm2 design.
Utk rumah semiD setingkat ni kos dia rm4+++, kalau pilih yg ada munga2 la. kalau simple je
rm2+++ dah dpt.

Jumaat, 8 Julai 2011

Jom Kita Jahit Baju Raya!!!

N3 ni saje je wat utk naik kan semangat..
Mesin Jahit dah ada
Buku pun dah beli.
Tadi g kedai jual alat jahitan. Top up brg2 yg belum ada...
(kredit tu ezbajukurung.com, pinjam gambar ye)




Agak2 korang la...berjaya ke saya start menjahit esok?
Kain?
Jgn risau banyak kain yg sedang menunggu untuk jadi mangsa...

Wish me luck!


KeSiAn....

Kesian bila seseorang itu
  • lebih suka dengar citer org lain drp mendengar sendiri dari tuan empunya citer.
  •  
  • tidak ambil pengajaran atau ingatan atas kisah lampau, bahkan menguar-uarkan kisah2 yg tidak elok itu
  •  
  • merasakan dirinya teraniaya tetapi sebenarnya dia menganiayai org lain.

p/s: sekadar ingatan untuk diri sendiri dan juga semua.

Ahad, 3 Julai 2011

Kongsi

Pengetahuan bukanlah apa yang dihafal. Pengetahuan adalah apa yang memberi faedah."
- Imam Shafie

Credit to Seribu Warna Pelangi

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Semalam larian 1M1S serentak 1 Malaysia. Sekolah saya pun tak ketinggalan tapi saya tak lari pun sebab.....saya bukan murid ..:)

Jom tengok gambar.. credit to k.ipah ( pinjam gambo ye.)


1,2,3.....



Lariiiiiiii....

Pengetua siap tengok jam sebab nak tepati masa.
Tak jauh pun diorg lari, lebih kurang 1.5 km. Ada yang dah sampai sedangkan murid yang terakhir belum hilang dr pandangan...cikgu cikgi pun ada yang ikut sama. Jgn risau...ada cikgu yang bertugas sepanjang trek larian...

Lepas tu kami sambung dengan Majlis Penyerahan Kad Kemajuan Pelajar......
sambutannya agak dingin, 1 kelas ada la dalam 5-10 org pelajar yg parents diorang dtg....:(

Pukul 11.10 sampai 12.30 sambung dengan P&P, plan org atasan nak jdkan hari persekolahan so boleh mintak cuti 1 hari....harap2 dapat ler

---------<@ Sahabat @>--------

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.