Sudi-sudikan la ^_^

Sabtu, 30 April 2011

Amalan Sebelum Kita Kembali PadaNya

Rasulullah SAW bersabda,
'Bila seorang anak Adam wafat,maka amalnya terputus kecuali tiga perkara:
1. Shadaqah jariah,
2. Ilmu yang bermanfaat dan
3. Anak shalih yang mendoakannya.
( HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad )

Antara shadaqah yang boleh kita lakukan....
1. Berikan al-Quran pada seseorang dan setiap kali dibaca anda turut mendapat hasanah.
2. Sumbangkan kerusi roda atau peralatan lain ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapat hasanah
3. Meyumbangkan bahan bacaan yang berfaedah kepada seseorang.
4. Membantu pendidikan seorang anak.
5. Mengajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu anda mendapat hasanah.
6. Melibatkan diri dalam pembangunan sesebuah Masjid sama ada menyumbang tenaga atau wang.
7. Meletakkan pendingin air di tempat umum.
8. Menanam sebatang pokok. Setiap haiwan atau orang yang dapat berlindung di bawahnya kita turut mendapat hasanah.

Itu antara sebahagian sahaja, sebenarnya masih banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan sebagai shadaqah.....

Semoga apa sahaja yang kita lakukan mendapat keredhaan-Nya

Jumaat, 29 April 2011

GA Sempena Ulangtahun Ke 2 Blog

            Jom join GA blog Terimalah Aku Seadanya dan Disebalik Rahsia Hati
Tarikh Tutup 1 Mei 2011
Ada masa lagi jom join!

Wasiat Dari Penjaga Makam Rasulullah S.A.W.

Saya dapat ni dari email saya...untuk renungan kita bersama..


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia) pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a) Isteri tidak mendengar kata suami.
(b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, Sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI

(a) Berselawat – untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) Bertaubatlah – dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) Berzakat – jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji – bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka epada kedua ibubapa.

Wallahualam Bissawab

Apa Citer?

Assalamualaikum...
hari ni hati dan jiwa saya rasa segar dan gumbira......
Kenapa?
Hari ni kan hari Jumaat, maknanya esok dah cuti....tambah pulak ada cuti tambahan sehari lagi...
Makanya bertambah gumbira la saya..

Minggu ni giliran saya pula bertugas, sepanjang minggu.
Segala benda nak kena pantau...sikit je? Meh sini saya senaraikan ye..
Sekitar tempat, bilik belajar, tempat makan, tandas, parking...nak kena check bersih ke tak, terurus ke tak..
Ada lagi...
kalau anak2 didik sakit nak kena uruskan juga....isi borang kebenaran balik dan surat rawatan. Kekadang tu baru je nak masuk kul 8.00 pagi dah ada pesakit...haru betul.

Cuba korang fikir, semata-mata sorang pesakit tu kita nak tinggal yang lagi 30 orang yang tgh dahagakan ilmu tu...berbaloi ke idak??...Pinjam kata Nabil, LU PIKIR LA SENDIRI!.

Kerja-kerja menulis pun ada gak, 2 buku nak kena tulis. Buku rekod pesakit ( berangan jadi doktor jap) dan buku bertugas mingguan..paper work yang banyak menyebabkan saya mengeluh...

Kekadang cakap je core bisnes adalah mendidik
 tapi bila banyak sangat kerja sampingan yang tak berkaitan just sebagai make up..
core bisnes dah jadi part time bisnes...

Itu pasal saya amat-amat menantikan cuti...boleh la merehatkan minda dan badan...
sambil cari dan jana balik semangat yang semakin menghilang untuk terus berada di tempat sekarang...

Bila eg-tukar nak buka ye!

Khamis, 28 April 2011

Mencari Semangat Yang Hilang




Assalamualaikum...
Minggu ni rasanya semangat juang saya berada pada tahap yang terendah...
Kenapa ye?

Jawapannya kerana tiada perubahan pada diri mereka dan yang lebih lagi mereka langsung tidak berminat nak belajar!

Siapa mereka itu?
Mereka itu adalah anak-anak didik saya!
Cuba korang semua  berada di tempat saya...tugasan yang diberi tak siap dalam masa yang diberi...
dah lewat 2,3 minggu masih lagi boleh hantar yang tak lengkap...

Marah? Sudah habis marah, segarang yang boleh tapi mereka semua masih lagi boleh tersenyum...
Pujukan? Sudah habis baik saya guna, hasilnya mereka makin pijak kepala kita....

Tekanan kini bukan kiri dan kanan tapi semua arah memberi tekanan...
Rasanya inilah tempat saya mencurah ilmu yang paling teruk....
Teruk dari segala segi........


Please...help me..huhuhuuuuuuu

Sabtu, 23 April 2011

Selamat Hari Lahir!




Hari ni 23/4/2011!
Alamak lupa nak wish my kekanda pepagi tadi...:(.
Abg, mintak ampun lupa....

Sayang ucapkan selamat hari lahir, semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan tubuh bdn dan semogaAllah berkati kehidupan abg dan kita sekeluarga di dunia dan akhirat.

I love u forever and ever ....muaaahhhh!

Jumaat, 22 April 2011

Mencari Semangat...:(

Actually... tgh mencari semangat untuk hari esok....
Ni kiranya n3 utk mengomel...tak nak baca pun takpe la...

Esok kena sekolah..huhuhuuuuu..
Rasa cam tak cukup rehat je tahun ni...Hari sabtu, minggu pertama dan minggu ketiga mesti ada je aktiviti...tak pergi tak boleh, wajib...:(

Dah tu pulak petang-petang pun banyak aktiviti....

Maaaaakkkk sapa cakap keje cikgu rileks...wawawaaaaaa....

Kenapa Bayi Anda Menangis???...

Tangisan merupakan satu bentuk komunikasi antara bayi dan orang sekelilingnya.
Tangisan mempunyai pelbagai maksud seperti lapar, marah, sakit dan sebagainya. Kita boleh kenal pasti melalui nada, bentuk tangisan, kekuatan dan sebagainya
Contohnya:
  • Menangis Sebab Lapar
Bayi  mulai menangis jika lapar. Tangisannya akan berulang-ulang. Dia menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil nafas, menangis lagi, berhenti sejenak untuk mengambil nafas.
  • Menangis Sebab Marah
Bayi akan menangis secara kuat, memaksa udara melalui peti suaranya.
  • Menangis Sebab Sakit
Semua bayi menangis jika ia merasa sakit. Tangisan jenis ini adalah tangisan bernada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian ia termengah-mengah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi.
  • Menangis Sebab Kecewa
Bayi akan menangis dua hingga tiga kali dengan lama tetapi tidak memegang nafasnya.

Apabila bayi semakin membesar pasti anda akan dapat mengenal pasti kenapa bayi anda menangis.
Sesungguhnya pelajaran yang paling bermakna adalah dari pengalaman kita sendiri...
Berbahagialah anda menjadi seorang ibu atau seorang bapa!


Sumber: Mingguan Wanita

Rabu, 20 April 2011

Jalan-jalan Cari Makan....

Assalamualaikum semua.....
Lepas kerja tadi pi Bank Rakyat, ambik borang tambah saham. Max boleh tambah RM500. Jom tambah saham Bank Rakyat...berbaloi-baloi!

Petang tadi lepas anak-anak dah mandi, kami keluar jalan-jalan cari makan....nak tau kat mana?
Jom kita tengok gambar......



Tempat ni namanya Infoternak....setiap tahun ada sambutan Hari Peladang Neg. Perak kat sini...



Aik mana lak perginya si rusa...biasa banyak je rusa dok lepaak kat sini....jom tengok lagi



Apakah ini?...


 Kilang simen daaa....Lafarge Cement....agak2 korang tau ke kat mana ni?....


Pekan apa? Cuba teka.......!

 Atuk..ooo atuk! Bila nak buka ni...Cucunda sekalian dah tak sabar nak datang melawat....ekekekeeee..



Nak makan kat Mee Rebus Ramli ke????.....Tidak! Tapi kalau dtg ke negeri Perak kena cuba Mee Rebus Ramli ni....dah glamer dah...


 Hah! dah sampai pun tempatnya...
Nasi Lemak Ayam Kampung


 Sila sengetkan kepala tuan hamba sekelian....


 Sengetkan lah lagi sekali ye...


 Sila la tuan hamba sekelian baca sendiri....


 Ni nasi lemak sambal kerang, yang lain kami makan nasi lemak ayam kampung goreng dan nasi lemak ayam masak merah...sedap.


 Inilah kekanda dan anakanda hamba...tengah tunggu utk santap, tak sabar dah.....hahahaaa


 Puteri bongsu yang sedang meratah ayam kampung goreng....dua-dua belah tangan tu!


 Aneka bubur pun ada...

Dah nak malam....perut pun dah kenyang...alhamdulillah.
Jom balik!

Isnin, 18 April 2011

Akhirnya......

Terima kasih!
Akhirnya saya dapat kawan ...
dengan berbesar hatinya saya bagi award ni pd kawan pertama saya.....


 buat aqishah terima la award ni dr saya......


1st Giveaway By Syima Emi




Tarikh tutup: 9 Mei 2011

Jom join GA!

----<@ Syoknya Berangan...@>---

Heheheeee...kalau baca tajuk pun mesti dah tau apa citernya kan....
Jom... meh kita berangan sama-sama.

Untuk akan datang saya teringin nak memiliki benda-benda ni...apa benda? meh lihat kat bawah ni...


Stand mixer

Bukan takde mixer...ada tapi hand mixer. Bila guna lama-lama lenguh lak tangan, tu yang teringin nak beli stand mixer.

Benda yang keduanya ni hah...



Bread Maker


Kata orang nak buat roti senang pakai ni...betul ke? Cuba kekawan citer skit betul ke?

Dan yang ketiganya....jeng...jeng...jeng


Pressure Cooker

Tahun lepas geng-geng Wahab sibuk main kutu periuk tekanan ni..Dah rasa teringin nak lak...Bukan apa kalau masak sup tulang jap je dah empuk.....

Setakat ni tu je la benda-benda yang diangankan...entah bila la dapatkan...kan...kan..
Ok la sekian je la angan-angan saya..^_^

p/s: credit to tuan punya gambar...en bing yang tolong carikan...mintak izin ye tuan punya!

....:Mama@Ma@Ibu@Mak@Umi:...

Comelkan bunga ros ni.....


A mum is a rose whose petals are soft,
A mum is a lily whose stem is tall & strong,
A mum is a person who is never wrong,
and A mum is a person u should love forever....
so trust her, believe her & never doubt her.

Ahad, 17 April 2011

Takde Mood a.k.a Malas

Assalamualaikum...

Kebetulan hari ni hari Ahad, cuti...jadinya mood pun cuti jugak. Bila mood takde jadi nak mencatat pun takde mood.

So sekian saja catatan saya hari ni...^_^

Jumaat, 15 April 2011

.: Legaaaa...:.

Kenapa lega? sebab hari ni hari Jumaat jadi esok dan lusa cuti, kebetulan lak takde apa2 aktiviti minggu ni so.....LEGA & boleh rehat puas2.

Bukan apa...semenjak 2 menjak ni byk sgt aktiviti kat sekolah tu sampai sabtu asyik ada je program....rehat pun rasa tak cukup!

Tapi kan bertambah leganya sebab tanglung 1 malaysia yg kena wat sebyk 28 ketul tu dah di sub kan pada pembekal...hahahahaaaaaaa..Ringan tul rasa kepala otak ni.

Ok jadinya 2 hari ni sabtu dan ahad nak rehat betul2 sambil cuba resepi-resepi baru...bagi saya la heheheheee

Ahad, 10 April 2011

Resepi Strawberry Cheese Tart

Ok hari ni saya nak kongsi resepi tat yang saya dah buat sebelum ni. Resepi ni resepi Mamabeb dari laman www.myresepi.com .

Saya cuma ubah jem sahaja, saya guna strawberry. Memang sedap dan resepi ni tak guna telur.

Bahan-bahan untuk pastri:
125gm butter
60gm gula aising
250gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air

Bahan-bahan Cream cheese:
125gm cream cheese
50gm butter
60gm gula halus
Strawberry jem secukupnya

Cara-cara:
Untuk pastri
1. Ayak tepung dan campurkan gula ke dalam mangkuk campuran.
2. Campurkan butter dengan tepung sehingga membentuk 'crumbs' kasar.
3. Tambahkan esen vanila & air.
4. Bentukkan doh menggunakan acuan tart yang comel2.
5. Bakarkan pastri di dalam oven selama 15-20 min dengan kepanasan 180
darjah celcius. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.

Untuk cream cheese
1. Campurkan semua bahan-bahan untuk cream cheese - cream cheese, butter
& gula dalam satu bekas & pukulkan kesemua bahan-bahan ini sehingga
rata.
2. Masukkan sedikit adunan cream cheese kedalam pastri
3. Setelah itu masukkan jem strawberry & akhir sekali litupi lapisan
strawberry itu dengan adunan cream cheese.
4. Letak sikit jem atau krim yang diwarnakan di atas utk buat corak
menggunakan lidi pencungkil.
5. Buat kepada kesemua pastri tadi & setelah itu bakar di dalam oven selama 10
min dengan kepanasan 180 darjah celcius.

Ok, selamat mencuba!

Sabtu, 9 April 2011

Percubaan Ke 2..Strawberi Cheese Tart..

Hari ni banyak la n3 ye...tadi buat cheese tart tuk kali ke 2. Semalam dah buat...

Percubaan pertama rupa tak menarik tapi pastri tat tu rapuh n sedap. Bawak gi sekolah pun abis...heheheee.

Tadi try buat lagi, bukan apa krim cheesenya ada lagi...sayang kalau rosak, tau je la krim keju tu bukan murahkan....tak baik membazir.

Buat kali ke2, butternya kurang skit. Masa tgh uli tadi dah rasa cam tak sama mcm buat semalam....Akhirnya terbukti betul firasatku tadi.Bila bakar tat shell tu kurang rapuh...cam keras sket tapi ok la, rupa pun dah ok.

Strawberry Cheese Tart Saya...Comel tak?

Ni la rupa strawberry cheese tart saya...lain kali boleh cuba lagi. Anak-anak tak suka makan, cik abe pun setakat 2 ketul boleh laaa..

Jom Buat Coklat

Hari tu bila jejalan kat internet terjumpa coklat buatan tangan yang comel dan lawa...Apalagi teruja la tengok kan...

So surf la kat internet cara nak buat...ada kelas buat coklat tapi mahal RM250, dah tu kat area sungai siput ni takde lak yang buat kelas. Siap beli buku chef Amer lagi.

Nak tau camner wat coklat? Jom...tapi kan.. AMARAN !saya ni bukan pembuat coklat yang bertauliah tau!

Langkah pertama beli coklat bar, cari yang ada tulis coklat compound. Ada coklat putih, coklat susu, coklat hitam dan ada yang siap-siap letak perasa.

Langkah kedua, didihkan air dan potong coklat kecil-kecil. Letakkan air mendidih dalam periuk kecil dan letak mangkuk yang diisi coklat di atas periuk tadi.

LANGKAH TERPENTING@ ketiga! Kacau coklat tu, lagi lama lagi cair coklat tu.
Heheheee...masa 1st time buat saya dok tunggu la coklat tu cair, tak cair-cair gak...hahahaaa

Kacau! Jgn tak kacau...

Ini rupa coklat yang dah 80% cair...kacau lagi..dan lagi...dan lagi..:)


Ini lak coklat yang dah 100% cair..

Langkah ke4,bila dah cukup cair, apalagi tuang la dalam acuan coklat. Acuan agar-agar pun boleh gak.

Sedia utk dimasukkan dlm peti ais

Ok bila dah siap letak dalam acuan,LANGKAH TERAKHIR masuk kan dalam peti ais untuk dikeraskan, bila dah keras keluarkan dari acuan...

Dah Siap Pun!

Gitu la rupa coklat yang dah siap...itu campur coklat putih skit tu...
Kalau nak warna atau letak perisa mcm-mcm, guna coklat putih tau!

Mana nak beli?..

Senang je gi la kedai jual bahan masakan. Kalau kat ipoh ada Wah Seng dekat The Store tu atau Trico ( ye ke? konpius dgn intrico) kat Shell yang kat Hospital Fatimah tu...takpun tanya je EN GOOGLe...susah susah je!

Isnin, 4 April 2011

Dinner Semalam...:)




Semalam sampai je dari kampung rehat sekejap lepas tu masak. Masak apa? Ala semua dah tengok gambar kat atas tu kan.

Burger untuk amirah, spageti untuk iman dan lasagna untuk saya dan cik abg.

Bukan susah pun sos untuk spageti tu, pekatkan sikit dah boleh guna untuk buat lasagna. Tapi lasagna semalam tak berapa nak cun mukanya sebab keju mozarella dah abis so guna cheddar.

Ni iman tengah makan spageti lagi, lasagna pun tinggal suku je lagi...sedappppp!!

Sabtu, 2 April 2011

Impian jadi kenyataan...

Benda ni dah lama dapat...tapi takde la basi lagikan sbb dapatnya dlm 2 minggu lepas. Alah bendanya sebenarnya takde la mahal tapi nak dapatkanya saya kena join kutu..bukan kutu yang kat atas kepala tu tapi kutu duit...


Nak tau apa benda ni? Ni hah yang kat bawah ni.





Ni la bendanya...MESIN JAHIT! Ini mesin jahit yang kedua saya beli.
Mesin jahit yang pertama tu yang kecil..ala-ala mesin jahit mainan, ala dulu ada keluar iklan kat tv tu hah...

Dah 2 minggu beli tapi masih lagi dalam kotak, belum bawa keluar lagi...ntah lah takde mood lagi nak try menjahit..

Ada idea tak nak jahit apa???

Jumaat, 1 April 2011

Ooooo...Balik Kampung

Petang ni cadang dengan hubby nak balik kg.
Dah lama sangat tak balik.

Mak, Ayah bukan kami taknak balik tapi aktiviti sekolah banyak sangat.

Minggu lepas sabtu dah ada in house training, ni patutnya kena uruskan makanan pelajar yang datang utk kursus kepemimpinan....
tapi tekadkan hati balik juga...kak wana thanks coz sudi cover ye..^_^

---------<@ Sahabat @>--------

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.