Sudi-sudikan la ^_^

Sabtu, 17 September 2011

Janji Tinggal Janji......I'm Sorry!

Sebenarnya hari ni janji ngan anak2 nak pi mandi kolam.....nun kat Lost World of Tambun.
Tapi saya terpaksa langgar janji.....i'm sorry ye anak2...
Bukan sengaja tapi budak berdua tu tak berapa sihat, selsema dan batuk so patut kan saya tangguhkan janji tu...bukan burn camtu je...

Jadinya nak cover balik, saya masak kan apam polkadot . Kali ni wat apam stoberi dot dot...oleh kerana untuk makan kami anak beranak je saya wat 1/3 adunan je. Lgpun telur ada sebiji ke je, malas nak beli.
Itu pun dapat dalam 20 biji...nak resepi ? meh salin tapi sebelum tu jom tengok my apam stoberi.


Resepi Apam Strawberi Dot Dot aka Apam Polkadot
90 gram tepung gandum
70 gram gula castor ( manis, kena kurangkan if nak letak inti  rs cam ok lak td)
50 ml susu segar
1 sudu teh ovalete
1 sudu teh serbuk penaik
1 biji telur
2 sudu teh esen vanila ( asal 1 st je, nak kurangkan bau telur)

Cara2 ( nak gak ke?)
Putar gula, ovalete, telur dan susu sampai kembang. ( Kalau tak tau sampai berbuih2...hehehee ikut pemerhatian saya la).
Masukkan esen vanila, tepung dan serbuk penaik.
Putar sampai sebati.
Panaskan periuk pengukus dan boleh le letak pewarna dan deko la anda punya apam.
Guna acuan kertas yg kecil dan acuan kosui sebagai alas.
Kukus selama 15 minit.

 



Ni pulak lasagna ayam sedang membakar dirinya sendiri....bagus2 macam lilin yang membakar diri tuk menerangi org lain tapi lasagna tuk mengenyangkan perut org.....hahahahaa.

Ok la sekian sahaja cerita saya untuk hari ini.

Jumaat, 16 September 2011

Kreatif dan......Comel!

Aduh dah lama tak jengok blog ni.....sebenarnya saja je nak bior bersawang. Selalu dok baca blog blogger lain tu dema dok sebut bersawang blog diorang kalau lama tak apdet....
so saya pun nak acu cuba try test ler...
takde lak sawangnya....kuang kuang kuang!


Hari ni saya nak share gambar apam polkadot.
Bukan saya yang buat tapi saya jumpa kat fb Apam Polkadot D Sara.
Comel sangat.....jom layan gambar..






Kreatif dan comel kan...kan?..kan?

Esok kalau tak ke mana ingat nak try wat apam ni...biasa wat dot dot je. kali ni nak try wat strawberry yang kumbang tu macam tak berani nak makan lak...hihihihhiiii...
Sapa2 nak order le cari Apam Polkadot D Sara kat muka buku ye.


p/s: rasanya tak terlambat lagi kan kalau nak ucap.....
       Selamat Hari Raya AIdilfitri...maaf zahir batin


---------<@ Sahabat @>--------

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.