Sudi-sudikan la ^_^

Selasa, 7 November 2017

Assalamualaikum!


Assalamualaikum...
Lamaaaaa betul tak post apa2 kat sini kan. Hari ni nak share resepi biskut cip coklat...dah lama tak main masak2 ni...menjak ada budak encem amirul. Sekrg dak encem ni dah jadi abang pun....tambahan ahli keluarga kami si comel hana yang dah 2 tahun usianya.


Oven yang dulu oku sbb tombol timer tercabut dah sempurna..mood nak masak pun dtg balik 🤗

Watak utama...ingatkn tak jadi sbb baru2 keluar oven dia lemah lembut je tp dah lama dan kena udara baru la jadi crunchy!😎

Ok jom kita tengok resepinya..

Biskut Cip Coklat
1 cwn butter ( pakai marjerin pelangi je)
1 cwn gula perang
1/2 cwn gula castor ( saya kurangkn sikit manis)
1 cwn minyak jagung
1 sb susu tepung ( guna susu hana je 😅)
1 biji telur
1 sk esen vanilla

*Campur dan gaul bagi sebati semua bahan2 di atas ni..lepas tu tambahkan bahan2 kat bawah ni...sila ayak dulu ye 🤗

4 cwn tepung gandum
1sdk cream of tartar
1sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat
2 cwn cip coklat
1 cwn badam ( bakar jap dan tumbuk kasar)

Ok dah campur semua bahan tadi dan dah gaul rata...so kita ceduk 1 sudu kecik dan letak atas dulang pembakar.

Sila jarak2 ye sebab biskut ni akan mengembang ye...kan jadik kembar siam lak 😉....saya tak sapu marjerin pun pada dulang 😆.
Bakar suhu 170 °c selama 10 minit..

HIhihi kalau ikut oven comel saya ni...suhu 150-160°c je...oh ya guna api atas bawah ye.
Saya bakar guna api atas bawah...bila tengok bawahnya dah masak saya tukar guna api atas je.

Biskut ni memang lembut ye bila dah masak...tengok warna biskut dah ok..boleh la keluarkan...dah sejuk baru biskut jadi rangup.

Lagi satu..boleh tambah serbuk koko kalau suka yang perasa coklat..dalam 4 sb.

Satu adunan ni boleh dapat 4 balang tau! Erk...maaf la lupa nak kira berapa keping 😅

Ok selamat mencuba ye!



---------<@ Sahabat @>--------

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.