Sudi-sudikan la ^_^

Jumaat, 27 Mei 2011

Cuti sekolah!...Yeaaaa..

Mood ari ni ...gumbira...:)
Of course la sebab cuti sekolah dah start....

Okey, perancangan utk cuti sekolah ni....
esok nak balik besout dulu...umah PIL.
31hb nanti nak ke langkawi...

Yessss...langkawi lagi. Kali ke 3 utk saya dan utk anak2 kali ke 2.
Kali ni kami plan nak masuk underwater world, naik cable car...kami ambik pakej airasia dan hotel sekali..
kalau rajin survey dapat la harga murah...
utk 4 hari 3 mlm campur flight ngan hotel kami byr RM7++...murah sikit berbanding pegi sebelum ni...

Balik dari langkawi nanti, sambung cuti ke kelantan pulak...
my parents house...sampai habis cuti..

sekian saja perancangan cuti sekolah kali ni....
SELAMAT BERCUTI!!!
:)


Selasa, 10 Mei 2011

Tidur....ZZZZzzzzzz!


Jom layan gambar baby tido...thanks en google!


 Ala ciannya dia, penat main agaknya ni tu yang tak kisah parking kat mana pun ok.....


 Ni lak kembar tiga tido....bestkan dapat kembar tiga.
 Tapi bayangkan kalau semua menangis serentak....uih mau maknya pun ikut nangis sama.....huhuhuhuuuuu

Wajah yang suci, bersih dan menenangkan jiwa......betul tak?
Comelkan tengok baby tido.......korang nak tengok org tua tido tak???...
ish cuba korang bayangkan.....
Ala korang carik sendiri la ye....

Jom kita share info tentang tido...

Posisi tidur menurut Islam dan Sains

Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

"Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak."

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.

Moga ada manfaat,
Wallahu a'lam.


Mengubat Hati




                                            
^
|
|
|
Balik dari kerja tadi saya rasa
dan
|
|
|
V


dan hati saya rasa full of hatred with a few of people.............yang mengaku kawan tapi.........
 tak boleh nak tolong..........
once more tapi..... pantang pompuan muda n lawa minta tolong boleh aje............
menci menci menci..........
saya paling tak suka dan alergi dengan makhluk yang pantang tgk pompuan lawa, semua benda dia nak tolong buat dan semua benda dia sanggup..............
AND YES i'm not pretty!

Jom sama-sama mengubat hati.....

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah
TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Isnin, 9 Mei 2011

Jom Join FaceBlog

Post

 FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA.
MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA.
SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK.
 SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Edit


 

Demam Exam Dah Bermula!!!


Gambar dr Mr Bing

 Nampaknya cuti penggal atau pertengahan tahun dah semakin hampir...........
dalam seronok nak bercuti ada juga perkara yang tak menyeronokkan betul tak?
Kalau cuti biasanya kembar dia adalah exam kan?

Hah! Itulah dia benda yang tak berapa menyeronokkan!.............
Sapa setuju angkat tangan!
Eh, ada yang tak setuju ye..............

Oklah saya buat n3 ni bukan nak share tips menjawab exam.........
Kalau surf tips menjawab exam kat google ke bing mesti banyak!

Saya cuma nak ucapkan
SELAMAT MENJAWAB EXAM buat semua yang sedang dan akan menduduki peperiksaan.
INGAT! INI SEMUA DEMI MASA DEPAN ANDA bukan UTK CIKGU....:)


 Satu lagi pesanan saya....
|

|

|

|

|
V




SAPA-SAPA BISING ATAU BERCAKAP CIKGU BAGI 0, DIMERIT SEKALI!
^___^


Sabtu, 7 Mei 2011

Asal Usul Sambutan Hari Ibu

Tadi blogwalking kat blog kawan baru Miss Are-in Rafaaeell, dia ada postkan asal-usul sambutan Hari Ibu.
Rasanya pernah terbaca tentang tu.........
Tapi biasa la fitrah manusia tu pelupa dan bagusnya kita selalu diajar sentiasa berpesan-pesan pada kebenaran............betul kan?
Thanks Are-in...

So kalau nak baca lebih lanjut jom ke blog Miss Are-in Rafaaeell

Namun Allah tahu niat kita bukan nak menyambut hari mereka-mereka itu
tetapi sebagai ingatan istimewa buat ibu kita.......
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa hambanya yang lalai ini...amin.

Jadi Jutawan Dlm Masa 30 Hari!

Hari ni saya nak berkongsi satu lagi email yang telah lama tersimpan dlm inbox...semoga kita semua  beroleh keberkatan..

"Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM. Apa yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat! Jadi Kali ini tawaran lagi hebat! Tidak perlu push orang, tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintain bulanan.

Macam mana?

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari  rm 2,835,000.00
Wow! Masya Allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam  30 hari Sahaja!!!!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka Allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?
Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu,
Allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.
Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?
Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?
Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda?

Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!!
Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.
Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Allah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.

Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!
*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala Allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Selamat Hari Ibu

Hari ni  Sabtu ke 2 bulan Mei, sambutan Hari Ibu....
Selamat Hari Ibu buat Ma, Pn Hasnah dan Mak, Pn Saa'diah yang tercinta dan juga semua ibu, semoga rahmat Allah sentiasa bersama ibu-ibu semua....



Bunga mawar yang indah ini buat ibu-ibu semua....kerana anda adalah insan yang terindah yang telah diciptakan dan dianugerahkan oleh Allah pada kami semua......alhamdulillah.
Terima Kasih Allah atas kurniaan Mu!

Kesian Kaki Iman Kena Gigit

2 hari lepas kaki Iman kena gigit semut merah......
gara-gara rajin sangat pi tolong abah dia ubah pasu bunga......
dah sapu mopiko tapi tak ok gak...
semalam pi ambik dr umah babysitter tgk2 dah makin bengkak lak....
takleh jalan la mama......kata Iman la campur ngengada sikit......
apalagi dukung je la...dah la berat 16kg..huh macam seguni beras yang besar tu ( tul ke? )


Kaki yang kena gigit semut

Petang semalam bawa jumpa doktor dan nyesal tak suh doktor cucuk je.....
Kejam!
Bukan saya ni kejam........
tapi ini budak
|
|
|
V

Budak yang kakinya kena gigit semut

cukup susah nak makan ubat...siap kena pegang dan kunci oleh abah dia tu pun yang kuar lebih banyak dari yang masuk.....silap-silap habis satu badan kita kena ubat dia..apalagi dia sembur laaaa..
so patut ke tak patut kena cucuk....
cuba korang jawab!

Jumaat, 6 Mei 2011

Untuk kesekian kalinya

Assalamualaikum...
untuk kesekian kalinya saya menukar lagi header blog saya....
kenapa?
sebabnya perkataan dulu dah ramai orang guna...rasa cam tak best lak...
jadi sementara belum dapat yang sesuai saya letak la takde tajuk...
korang ada cadangan tak???...


Selasa, 3 Mei 2011

Cerita Hari Ini....

Assalamualaikum...
Sihat ke semua? Semoga semua sihat sejahtera ye..

:)
Senyum la ye sebab dah dapat bercuti 3 hari...
Oh, ya walaupun dah lambat saya tetap nak wish gak....Selamat Hari Pekerja!

Ada azam baru ke sempena Hari Pekerja ni?

Hari ni saya telah berjaya melaksanakan beberapa perkara berikut.....jom kita tengok apa dia..
  • mengemaskini fail panitia...sebelum ni guna 1 fail tebal, sekarang kembali ke zaman dulu-dulu. 1 perkara 1 fail...
  • buat meeting panitia ke 2...selagi tak selesai selagi tu la tak senang duduk...
  • yang ni of course la, dah kerja pun namanya cikgu-cikgi...apalagi mengajor laaaa. hari ni pack sikit...ada kelas start 8.10 pagi sampai 10.10 pagi pas tu break jap ( jap ke 1 jam tu), pukul 11.10 sambung lagi sampai 1.10 ptg...
Bunyi je loceng tamat 2.30 ptg sambung wat meeting panitia...sib baik big boss takde so tak banyak cerita, straight to the point...dekat 1 jam gak meeting....
Bukan apa bila dah berkumpul tu banyak benda nak ditanya dan ada banyak benda yang boleh kita share bersama...

Balik umah bantai wat kuih....apa lagi kesukaan saya...
STRAWBERRY CHEESE TART!
tak boleh tahan...nyum nyum nyum!

---------<@ Sahabat @>--------

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.