Sudi-sudikan la ^_^

Ahad, 4 November 2012

Seronok + Letih

Assalamualaikum...
Hari ni rumah ni kembali berempat setelah 2 hari riuh...

Hari khamis lepas abah, ma dan adik2 dtg bertandang ke rumah... Sebelum diorg sampai, kami pulun kemas dan cuci satu umah....itu pun kantoi lagi..heheheee.

Jumaat petang kami bawa ronda  Kuala Kangsar. Mlmnya makan kat restoran Sabar Menanti sebelah stadium.

Sabtu pulak kami ke Taiping, berjalan ke Zoo. Ingat lepas tu nak singgah makan mee udang kat Kuala Sepetang tapi tengah dlm zoo hujan turun dgn lebat, cancel je la.

Pagi tadi lepas sarapan diorg bergerak ke Kampar, ziarah mak saudara sebelum ke Shah Alam. Alhamdulillah dah sampai pun diorg kat umah adik di Shah Alam...:)

Isnin, 29 Oktober 2012

Combine HI 1

Assalamualaikum...
Sekrg ni tengah tunggu giliran jumpa doktor kat hospital ipoh.

Hari ni kena jumpa 2 org pakar, pakar O&G dan pakar kardio.

Ntah apa la diorg nak cakap tapi yang pasti ada banyak yg saya nak tanya.....Jgn jd macam khamis lepas sudah. Bole doktor tu cakap dia tanya bincang, kena tunggu doktor combine...tak ke suspen!

Lps ni nak g Tower Regency Hotel ada hi tea n farewell utk PK pentadbiran yg baru je pindah ke sekolah lain.....ok bai!

Ahad, 28 Oktober 2012

Akhirnya....positif!

Assalamualaikum...
Jom hari ni saya mulakan coretan saya dengan berita gembira...

Berita ni sebenarnya dah lama tp saya abadikan di sini kerana mungkin ini yang terakhir untuk saya...

Semuanya bermula tahun lepas. Seorg demi seorg rakan sekerja yg baru kawin menyampaikan berita gembira....cer teka?

Yaaa betul! Diorang bakal dapat baby...hehehe dah macam pas baton tau! Lepas sorang bersalin ada pulak yg sambung, tak putus-putus.

So apalagi saya yang dah gap 4 tahun pun teringin nak join sekali... ^_^

Tapi bukan semudah 1,2,3 tau nak dpt...dari hujung tahun lepas kami berusaha sampai akhirnya bulan jun baru la impian kami termakbul..°_°

Hati mula cuak bila 2,3 bln mencuba masih negatif...mula la selongkar blog geng2 TTC cari petua. Byk petua yg diorg kongsikan, kdg kala tersentuh hati bila baca blog mereka....demi inginkan permata hati sanggup berkorban segalanya! Allah menduga mereka dan mereka tak pernah berputus asa.

Dari situ saya cuba menggunakan ovulation calculator dan pergi berurut....Alhamdulillah. Belum sempat berurut kali ke 3, saya delay period 3,4 hari dan cek upt, positif. Tp jujur saya katakan masa cek upt memang saya tak berharap sangat lgpun saya buat ms tengah hari.

Okaylah saya sambung di n3 lain pula....take care!

Sabtu, 27 Oktober 2012

Kembali...

Assalamualaikum.
Lama betul saya menyepi kan? Sekrg saya kembali...err semangat nak berblog tu yg kembali sebetulnya.

Byk benda yg dah berlaku, ada manis dan ada yang pahit....

Blog ni akan saya coretkan segala yang telah, sedang dan akan berlaku.....

Isnin, 5 Mac 2012

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum...
huhuhuuuu hari ni dalam sejarah! Saya kena mengadap PK HEM. Gara-gara perkataan GATAL... Saya lupa plak geng2 deme ni mana nak faham bahasa. Dah bagi ayat lengkap pun tak faham boleh pulak terbabas...adeh! Dahtu pulak  si minachi ni datang bagi pihak anak org lain dan tak selidik or buat kajian nape agaknya cikgu yang baik dan bagus ni ( ni PK HEM yg cakap bukan saya tau!) marah deme tu sampai terkuar perkataan toooot!...yang paling sakit hati bila riki-riki ( betui ka) dapat tau mak org lain yang busy body tu...huhuhuuu
Anyway , saya pun salah gak pi bantai guna perkataan tu apesai...okey bear in mind don't use that word anymore in the future...
Apa-apa pun this year saya dapat ngajar science subject, 2 kelas jadi la.


Nota: Daku rasa nak minta tukar sekolah lain...mike ada kabel ka? boleh tolong ....

---------<@ Sahabat @>--------

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.