Sudi-sudikan la ^_^

Sabtu, 9 April 2011

Jom Buat Coklat

Hari tu bila jejalan kat internet terjumpa coklat buatan tangan yang comel dan lawa...Apalagi teruja la tengok kan...

So surf la kat internet cara nak buat...ada kelas buat coklat tapi mahal RM250, dah tu kat area sungai siput ni takde lak yang buat kelas. Siap beli buku chef Amer lagi.

Nak tau camner wat coklat? Jom...tapi kan.. AMARAN !saya ni bukan pembuat coklat yang bertauliah tau!

Langkah pertama beli coklat bar, cari yang ada tulis coklat compound. Ada coklat putih, coklat susu, coklat hitam dan ada yang siap-siap letak perasa.

Langkah kedua, didihkan air dan potong coklat kecil-kecil. Letakkan air mendidih dalam periuk kecil dan letak mangkuk yang diisi coklat di atas periuk tadi.

LANGKAH TERPENTING@ ketiga! Kacau coklat tu, lagi lama lagi cair coklat tu.
Heheheee...masa 1st time buat saya dok tunggu la coklat tu cair, tak cair-cair gak...hahahaaa

Kacau! Jgn tak kacau...

Ini rupa coklat yang dah 80% cair...kacau lagi..dan lagi...dan lagi..:)


Ini lak coklat yang dah 100% cair..

Langkah ke4,bila dah cukup cair, apalagi tuang la dalam acuan coklat. Acuan agar-agar pun boleh gak.

Sedia utk dimasukkan dlm peti ais

Ok bila dah siap letak dalam acuan,LANGKAH TERAKHIR masuk kan dalam peti ais untuk dikeraskan, bila dah keras keluarkan dari acuan...

Dah Siap Pun!

Gitu la rupa coklat yang dah siap...itu campur coklat putih skit tu...
Kalau nak warna atau letak perisa mcm-mcm, guna coklat putih tau!

Mana nak beli?..

Senang je gi la kedai jual bahan masakan. Kalau kat ipoh ada Wah Seng dekat The Store tu atau Trico ( ye ke? konpius dgn intrico) kat Shell yang kat Hospital Fatimah tu...takpun tanya je EN GOOGLe...susah susah je!

Isnin, 4 April 2011

Dinner Semalam...:)




Semalam sampai je dari kampung rehat sekejap lepas tu masak. Masak apa? Ala semua dah tengok gambar kat atas tu kan.

Burger untuk amirah, spageti untuk iman dan lasagna untuk saya dan cik abg.

Bukan susah pun sos untuk spageti tu, pekatkan sikit dah boleh guna untuk buat lasagna. Tapi lasagna semalam tak berapa nak cun mukanya sebab keju mozarella dah abis so guna cheddar.

Ni iman tengah makan spageti lagi, lasagna pun tinggal suku je lagi...sedappppp!!

Sabtu, 2 April 2011

Impian jadi kenyataan...

Benda ni dah lama dapat...tapi takde la basi lagikan sbb dapatnya dlm 2 minggu lepas. Alah bendanya sebenarnya takde la mahal tapi nak dapatkanya saya kena join kutu..bukan kutu yang kat atas kepala tu tapi kutu duit...


Nak tau apa benda ni? Ni hah yang kat bawah ni.





Ni la bendanya...MESIN JAHIT! Ini mesin jahit yang kedua saya beli.
Mesin jahit yang pertama tu yang kecil..ala-ala mesin jahit mainan, ala dulu ada keluar iklan kat tv tu hah...

Dah 2 minggu beli tapi masih lagi dalam kotak, belum bawa keluar lagi...ntah lah takde mood lagi nak try menjahit..

Ada idea tak nak jahit apa???

Jumaat, 1 April 2011

Ooooo...Balik Kampung

Petang ni cadang dengan hubby nak balik kg.
Dah lama sangat tak balik.

Mak, Ayah bukan kami taknak balik tapi aktiviti sekolah banyak sangat.

Minggu lepas sabtu dah ada in house training, ni patutnya kena uruskan makanan pelajar yang datang utk kursus kepemimpinan....
tapi tekadkan hati balik juga...kak wana thanks coz sudi cover ye..^_^

---------<@ Sahabat @>--------

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.