Sudi-sudikan la ^_^

Ahad, 28 Oktober 2012

Akhirnya....positif!

Assalamualaikum...
Jom hari ni saya mulakan coretan saya dengan berita gembira...

Berita ni sebenarnya dah lama tp saya abadikan di sini kerana mungkin ini yang terakhir untuk saya...

Semuanya bermula tahun lepas. Seorg demi seorg rakan sekerja yg baru kawin menyampaikan berita gembira....cer teka?

Yaaa betul! Diorang bakal dapat baby...hehehe dah macam pas baton tau! Lepas sorang bersalin ada pulak yg sambung, tak putus-putus.

So apalagi saya yang dah gap 4 tahun pun teringin nak join sekali... ^_^

Tapi bukan semudah 1,2,3 tau nak dpt...dari hujung tahun lepas kami berusaha sampai akhirnya bulan jun baru la impian kami termakbul..°_°

Hati mula cuak bila 2,3 bln mencuba masih negatif...mula la selongkar blog geng2 TTC cari petua. Byk petua yg diorg kongsikan, kdg kala tersentuh hati bila baca blog mereka....demi inginkan permata hati sanggup berkorban segalanya! Allah menduga mereka dan mereka tak pernah berputus asa.

Dari situ saya cuba menggunakan ovulation calculator dan pergi berurut....Alhamdulillah. Belum sempat berurut kali ke 3, saya delay period 3,4 hari dan cek upt, positif. Tp jujur saya katakan masa cek upt memang saya tak berharap sangat lgpun saya buat ms tengah hari.

Okaylah saya sambung di n3 lain pula....take care!

Tiada ulasan:

---------<@ Sahabat @>--------

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.