Sudi-sudikan la ^_^

Khamis, 20 Oktober 2011

Jatuh Cinta!

Assalamualaikum w.b.t.
Minatnya dah lama tapi setakat gitu-gitu aje. Bila tengok gambar yang unik dan cantik, saya sering tertanya...macam mana diorang ambik gambar ye. Kalau tengok zaman ni semua pakat nak guna kamera DSLR...mak oii ribu riban harganya...huhuhuuuu tak mampu beli.. yang saya ada cuma ini je..


Masa buat carian kat internet saya jumpa web ni.Digital Photography School ......dan saya rasa banyak maklumat untuk saya yang baru je jatuh cinta dengan fotografi. Nanti ada masa dan jika saya berjaya meng'explore' kamera saya tu, saya cuba upload gambarnya kat sini.....

Jom kita belajar sama-sama....

Sabtu, 15 Oktober 2011

Ketagih daaa...

Assalamualaikum w.b.t
Sambil menunggu baik saya update sikit blog yang dah lama terbiar ni.....2,3 menjak ni bila dah pandai bershopping melalui internet atau spesifiknya fb, saya dah mulai ketagih..huhuhuuuu. Tapi rasanya takde la membazir sebab baju yang dibeli dipakai wat keje. Lagipun baju-baju yang ada dalam almari tu ada yang berusia 10 tahun lebih ( faham tak maksud tersirat tu...hehehee). So macam dah boring lak nak pakai ( alasan semata-mata tu), esok nak kumpul dan letak dalam kotak pastu sedekah la kat sapa-sapa...

Baju yang saya beli tu takde la mahal sangat. Kat fb tu kalau rajin mencari kita boleh jumpa baju yang sama tapi harga yang lebih murah, contohnya kat fb yang saya tengah tunggu ni harga yang dikenakan RM50 campur pos RM6. Murah kan! Jom kita tunggu sama-sama...

---------<@ Sahabat @>--------

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.