Sudi-sudikan la ^_^

Sabtu, 6 Ogos 2011

Dah Siap Masak!

Bulan puasa tahun ni nampaknya rajin lak saya masak (masuk bakul angkat sendiri ye!...*_*), selang sehari saya masak....wakakakaaaa rajin kah itu?.
Tahun2 lepas rajin gak rajin masak kat PARAM ( baru tahu apa maknanya...anda?)
Hari ni saya dah siap masak ketam bercili dan sayur lemak labu ala kelantan.....???
of koos la saya kan ore kelate...sib baik tekak en suami leh terima.

y?
sebab masak lemak (yg melibatkan sayur ye!) kelate ni akan dimasukkan ikan rebus yang ditumbuk bersama bawang merah tapi untuk labu my mum cakap kena tumbuk sekali lada hitam sikit.
Jgn tanya saya kenapa kena letak lada hitam...heheheee pi tanya my mum ye.

sorry la gambo takde....korang guna la daya imaginasi korang ye utk membayangkan masak lemak labu ala kelate tu ye....*_*

nasi tengah masak,tinggal ikan je belum goreng. kena hangat2 baru best.
ok la selamat berbuka puasa.

p/s: 2,3 menjak ni semak je wall fb dengan org jiwa kacau...tak tumbuh tak melata tak sungguh org tak kata.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Jejari Hantu.....He he he!

Minggu ni tajuk yg saya ajar berkaitan tanaman. Dalam bab ni diorang belajar cara membiakkan tumbuhan dgn cara keratan batang.
Pastu dalam contoh pokok yang sesuai utk keratan kayu lembut ialah pokok jejari hantu....camner ye rupanya? nak cover line yg cikgu pun tatau camner rupanya apalagi tuju kat bebudak la...ececeeh kekonon sebagai tugasan ler...hahahaaa
sebelum kantoi saya pun google le rupa pokok ni....jom tengok.

  credit to lynjyctrz.blogspot.com
Betul ke?....nama lain apa ek? korang tau tak...cuba habaq mai sat

---------<@ Sahabat @>--------

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.