Sudi-sudikan la ^_^

Ahad, 10 April 2011

Resepi Strawberry Cheese Tart

Ok hari ni saya nak kongsi resepi tat yang saya dah buat sebelum ni. Resepi ni resepi Mamabeb dari laman www.myresepi.com .

Saya cuma ubah jem sahaja, saya guna strawberry. Memang sedap dan resepi ni tak guna telur.

Bahan-bahan untuk pastri:
125gm butter
60gm gula aising
250gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air

Bahan-bahan Cream cheese:
125gm cream cheese
50gm butter
60gm gula halus
Strawberry jem secukupnya

Cara-cara:
Untuk pastri
1. Ayak tepung dan campurkan gula ke dalam mangkuk campuran.
2. Campurkan butter dengan tepung sehingga membentuk 'crumbs' kasar.
3. Tambahkan esen vanila & air.
4. Bentukkan doh menggunakan acuan tart yang comel2.
5. Bakarkan pastri di dalam oven selama 15-20 min dengan kepanasan 180
darjah celcius. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.

Untuk cream cheese
1. Campurkan semua bahan-bahan untuk cream cheese - cream cheese, butter
& gula dalam satu bekas & pukulkan kesemua bahan-bahan ini sehingga
rata.
2. Masukkan sedikit adunan cream cheese kedalam pastri
3. Setelah itu masukkan jem strawberry & akhir sekali litupi lapisan
strawberry itu dengan adunan cream cheese.
4. Letak sikit jem atau krim yang diwarnakan di atas utk buat corak
menggunakan lidi pencungkil.
5. Buat kepada kesemua pastri tadi & setelah itu bakar di dalam oven selama 10
min dengan kepanasan 180 darjah celcius.

Ok, selamat mencuba!

Tiada ulasan:

---------<@ Sahabat @>--------

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.